They Don't Care About Us !
Berdasarkan pengalaman & kisah sebenar para pelajar Asasi Seni Kreatif, segelintir daripada kami tidak mendapat sokongan 100% dari ibu bapa, apatah lagi dalam meneruskan minat dan passion kami dalam bidang seni kreatif ini. Namun, berbekalkan semangat TEKAD ! Kami tetap teruskan impian meskipun terpaksa mengharungi cabaran dan rintangan dari keluarga.
Menerusi lagu They Don't Care About Us, yang dialih kepada lirik bahasa Melayu, ia menceritakan dilema yang dihadapi oleh pelajar seni.
Mak Pak Kita Semua Sama
Tak bagi kita semua
Sambung belajar
Nak buat cam mana
Kena ikut cakap depa
Pi mai pi mai
Kita juga yang kena
ALL I WANNA SAY IS THAT
THEY DONT REALLY CARE ABOUT US !
Koreografer bagi lagu ini ialah pelajar Asasi Seni Kreatif iaitu Priyangka & Amira. Sebuah rentak gaya tarian yang menunjukkan sifat protes, tegas dan juga berani kerana kebenaran !
Doakan kami, agar membawa pulang kejayaan bagi membanggakan kedua ibu bapa.
Maafkan kami ayah, maafkan kami mak,
Kami TETAP dengan Keputusan Kami.
Doakan kami,
Restuilah kami.
Ditulis oleh : Ain Syuhada Ahmad Bohari ASK 0127
Ditulis oleh : Ain Syuhada Ahmad Bohari ASK 0127