The Main Actors - DIAN, YASMIN, HAIRI

by - July 30, 2017


Dian (Ain Syuhada) merupakan Watak Utama 1 dalam pementasan Pro’sa Mania ; TEKAD ini. Dian mengharungi cabaran metika beliau ingin memulakan langkah dalam bidang seni. Bakat nyanyian & lakonan yang dimiliki oleh nya menjadi kebanggaan setiap insan, namun tidak bagi bapanya. Hal ini kerana, bapa Dian menginginkan Dian untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang lain kecuali seni. Pandangan masyarakat hari ini, bidang seni tiada jaminan masa depan. Namun, itulah hasrat Dian untuk menjadi karyawan seni yang berjaya. Meskipun minat dan impian Dian dihalang, beliau tekad meneruskan cita-citanya melanjutkan pelajaran dalam bidang seni kreatif. 

Yasmin (Afiqah Qaidah) merupakan Watak Utama 2 dalam pementasan teater Pro’sa Mania ; TEKAD. Yasmin adalah sahabat baik Dian, sepanjang pengajian mereka di ASWARA, mereka berkongsi suka duka bersama. Yasmin merupakan seorang anak yatim piatu dan dikurniakan jiwa yang tabah untuk memberi semangat pada Dian yang sering berduka cita atas ketidaksokongan ayah Dian terhadap bidang seni. 



Hairi (Amir Hairi) merupakan Watak Utama 3. Hairi memiliki kisah hidup yang cukup perit. Hairi menghadapi kesulitan kewangan ketika meneruskan pengajian. Hairi berdikari mencari sumber rezeki yang halal dengan mengutip tin bagi menampung kehidupan seharian. Hairi memiliki bakat nyanyian yang bagus, namun di pertengahan jalan, ketika Hairi hampir menamatkan pengajian dalam bidang seni, Hairi terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti dari belajar. Rakan-rakan Hairi begitu mengambil berat akan keadaan dirinya, mereka membantu Hairi dalam melunaskan yuran pengajian dan akhirnya mereka bersama-sama berjaya menjadi karyawan berilmu.


You May Also Like

0 comments

...