Bagaimana Cerita Ku Dipilih
Sebelum berbincang pasal ProSa Mania, Encik Adieka iaitu pensyarah kami yang mengajar subjek Projek Seni dan selaku Director bagi ProSa Mania. Beliau telah meminta kami semua supaya . menceritakan pengalaman sebelum masuk ke ASWARA tidak kira suka dan duka secara sorang-sorang.
Apabila tiba giliran saya, saya pun menceritakan bagaimana perjalanan saya semasa hendak masuk ke ASWARA. Sebelum masuk ke ASWARA saya telah mengambil STPM dan selepas saya itu saya masuk ke Universiti Multimedia (MMU) yang bertempat di Bukit Beruang, Melaka. Saya mengambil jurusan ' Business In Administration'. Untuk pengetahuan, saya tidak berkesempatan untuk menghabiskan pengajian saya disebabkan atas faktor-faktor yang menyebabkan saya terpkasa berhenti sambung pengajian. Saya berada di sana selama hampir setahun.
Selepas itu, secara senyap-senyap saya telah memohon ASWARA. Dan dengan sukacitanya saya telah diterima masuk setelah bermacam-macam prosedur yang harus saya ikuti seperti di temuduga dan sebagainnya. Apa yang menyedihkan saya sehingga sekarang adalah ayah saya masih tidak tahu yang saya belajar di ASWARA. Ini kerana ayah saya masih ingat yang saya masih belajar di MMU dan bukannya di ASWARA. Saya tidak boleh memberitahu ayah kerana atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan mungkin akan menyebabkan sesuatu yang buruk akan terjadi. Tambahan lagi kawan sekelas saya iaitu Shaee telah dipilih untuk membawakan cerita saya. Sekian dari saya. :)
0 comments