Masa lalu sangat
cepat. Saya tidak percaya sudah sampai minggu untuk ProSA Mania! Hari Isnin adalah
hari terakhir kita untuk berada di Blackbox berlatih muzik dan hari Selasa kami
bump in bermula pukul 11.00 a.m. di Panggung Experimen ASWARA. Kami
berkerjasama mengangkat instrument muzik yang berat. Dan masa itu,
pelakon-pelakon cuba menyesuaikan diri di atas pentas dan saya juga buat benda
yang sama. Selepas selesai bump in, kami menjalankan satu kali rehearsel di
Panggung Experiment. Bagi saya, saya rasa Panggung Experiment sudah menjadi
rumah kami pada minggu ini. Pada malam itu, kami mengecat lantai. Kami juga
membantu F.O.H membuat photobooth sampai pagi.
Pada malam itu, kami mengecat lantai bersama-sama.
Pada masa bump in,
saya juga tidak lupa membuat promosi video.
Pada hari show,
saya sangat berdebat kerana ini merupakan teater show pertama buat di ASWARA. Kami
membuat show dengan bersungguh-sungguh.
Tetapi pada hari
hari kedua, saya sangat terharu dan tidak sabar kerana keluarga saya datang
jauh dari Seremban untuk tengok show saya! Dan juga, mereka sangat prihatin
terhadap saya dengan membawa air yang buat sendiri supaya saya tidak sakit
tekak dan membawa makanan banyak supaya saya tidak lapar.
Selapas habis
show, kami briefing bahawa mendapat komen yang bagus dari SM kami iaitu Hafiz
Affandi! Selepas itu, kami menjalankan bump out di Panggung Experimen. Dalam
proses, Pn.Intan, En.Rosman, En. Azrie dan En,Adika banyak membantu kami.
Kesimpulanya,
Membuat ProSA Mania show merupakan hal yang sangat LETIH !!!!!