Thank You Mr. Chairman of FINAS

by - August 13, 2017

Pro'sa Mania ; TEKAD yang berlangsung pada 11 & 12 Ogos di Panggung Eksperimen ASWARA, menerima kunjungan daripada Pengerusi FINAS, Dato' Khusairi Talib. Alhamdulillah, beliau menerima jemputa VIP dari saya melalui email dan bersyukur atas reply email yang diberikan. Dato'Khusairi melontarkan rasa bangga terhadap karyawan Asasi Seni Kreatif dan beliau turut memuat naik video dan gambar-gambar pementasan Pro'sa Mania di akaun media sosial Instagram & Facebook.


Kunjungan daripada FINAS semestinya menaikkan semangat kami untuk mempersembahkan pementasan yang terbaik. Sebelum pulang, saya berkesempatan menemu bual bersama beliau dan juga ahli keluarga saya. Apa yang menariknya, Dato' Khusairi Talib berasal dari Perak di mana tempat saya dilahirkan. Perbualan mesra antara kami cukup memberi seribu makna bahawa beliau begitu Impressed dengan bakat-bakat baru yang  ditonjolkan dalam industri kreatif tanah air.

Ditulis oleh : Ain Syuhada Ahmad Bohari ASK 0127






You May Also Like

0 comments

...