"To Be Or Not To Be"

by - August 05, 2017


     
          Sedutan di atas menunjukkan rakan - rakan saya yang bertungkus - lumus menjalankan latihan meraka agar persembahan akan menjadi lebih lancar dan sempurna pada hari Prosamania yang akan datang tidak lama lagi. Sedutan tersebut menunjukkan pandangan saya sebagai krew teknikal membantu mereka dalam mengimbangkan bunyi alatan muzik. Banyak proses baik pulih dan mengemas kini persembahan telah En Adieka lakukan oleh kerana ini adalah persembahan yang pertama dilakukan oleh pelajar - pelajar Asasi. Walaupun pada mulanya kami agak kelam kabut dan keliru tentang tugas kami tapi dengan usaha yang konsisten kami dapat mengatasi masalah tersebut dan semakin maju. 

Prosamania semakin dekat kami turut merasakan debaranya seperti salah satu ayat yang di sebutkan di dalam skrip persembahan iaitu "To be or Not to be" bermaksud sama ada kita semua mahu jaya kan Prosa dengan berjaya atau setakat sederhana atau biasa. Semestinya kami mahu jaya kan dengan gemilang. Insyallah dengan usaha keras ini kami mampu menjayakan Promania 2017 ini dengan cemerlang, gemilang dan terbilang! 

You May Also Like

0 comments

...