Harapan Yang Menggunung

by - August 13, 2017

Dian (Ain Syuhada) merupakan watak utama dalam pementasan Pro'sa Mania ini. Beliau mengadapi cabaran dalam meneruskan impian dalam bidang seni. Dian digambarkan seorang yang tegas, mengambil berat, namun beliau juga adakalanya mempunyai sikap DIVA & sedikit busybody tentang hal rakan-rakan di ASWARA. Sahabat Dian iaitu Yasmin, seorang yang tegas dan setia bersama Dian. Sepanjang pengajian Dian di ASWARA, ibu bapa Dian tidak oernah meluangkan sedikit masa untuk menonton persembahannya Yasmin yang berperanan sebagai sahabat Dian sentiasa menjadi pendingin hati buat Dian. Sehingga ke tahun akhir pengajian, mereka setia menjadi sahabat dan ters mengorak langkah untuk menjadi karyawan seni yang berilmu dan berjaya.

Menerusi lagu yang bertajuk BAHTERA HARAPAN, Dian meluahkan isi hatinya dan dilema yang dihadapi. Namun, Dian tekad untuk ters mengejar impian dan cita-cita. 

Ditulis oleh : Ain Syuhada Ahmad Bohari ASK 0127



Nyanyian & Lirik : Ain Syuhada @dianesyuhada 
Lagu : Fathullah Farhan @farhanrosdii 
Pengarah Muzik : Hasni Amir @hasniamir 
Pianist : Chu Mingle @mingle_is_follow_you Bassist : Qairil Asyraff @qairrazak_98 🔮




Hidup ini satu pentas ujian
Layarkan bahtera harapan
Teruslah melangkah menggapai cita
Sinar bahagia menanti

Janji dariNya suatu yang pasti
Kau akan temui hikmahNya
Warna perjuangan menuju tekad
Jendela impian lukisan di hati •

Terima kasih Pro'sa Mania ; TEKAD 
Terima kasih semua penonton yang hadir memberi sokongan pada pelajar Asasi Seni Kreatif ! Syukur, kedua-dua hari pementasan Pro'sa Mania ; TEKAD - FULL HOUSE !!! 

#projekseni #PROSA #ProsaMania #TrySomethingDifferent #BePartOfUs #AsasiSeniKreatif #ASWARA

You May Also Like

0 comments

...