Thank You Dato' Amirnuddin Mazlan & Datin Tunku Mariati
Pertemuan pertama kami bersama kedua-dua insan yang cukup menginspirasikan, humble dan juga pemurah hati dalam memotivasikan kami serta mendorong kami terus mengejar impian. Ketika saya mengkhabarkan pementasan ini, Dato' & Datin begitu teruja untuk menghadirinya.
Terima kasih Dato' & Datin kerana turut hadir menyaksikan persembahan projek seni kami, Pro'sa Mania ; TEKAD !
Kami dari Asasi Seni Kreatif juga ingin mengucapkan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Dato' & Datin kerana memberi peluang kepada kami membuat persembahan di Majlis Hari Raya di Bangi Golf Resort. Nak tengok persembahan lagu Nazam Lebaran & Selamat Berhari Raya kami ? Check out this video ya !
Terima kasih Dato' Amirnuddin Mazlan & Datin Tunku Mariati atas pemberian cenderahati yang akan kami pegang sebagai pembakar semangat. Setiap kata-kata yang ditujukan khas buat kami, pelajar yang berjuang menjadi karyawan berilmu yang berjaya di masa hadapan.
Amin.
InshaAllah,
Ditulis oleh : Ain Syuhada Ahmad Bohari ASK 0127
Ditulis oleh : Ain Syuhada Ahmad Bohari ASK 0127
0 comments