1st Time Ever in ASWARA - GLOW IN THE DARK
Buat julung kalinya di Akademi Seni Budaya & Warisan Kebangsaan (ASWARA) mempersembahkan persembahan Glow In The Dark. Hal yang paling membanggakan ialah ia merupakan hasil kreativiti pengarah En Adieyka Zainal dan juga pelajar Asasi Seni Kreatif 2016/2017 ASWARA !
Selain itu, lagu yang mengiringi persembahan Glow in The Dark ini ialah lagu yang bertajuk Dream Catcher (sebuah lagu baru oleh band Twenty2). Terima kasih banyak Twenty2, salah seorang dari band ini juga merupakan pelajar Asasi Seni Kreatif ASWARA iaitu Jack !
Koreografer bagi persembahan ini ialah En Failul Adam yang merupakan pensyarah Fakulti Tari ASWARA .
Terima kasih juga kepada Pengarah Artistik bagi Pro'sa Mania ; TEKAD iaitu En Azizul Zahid Jamal atau lebih popular digelar En Toemoe di ASWARA ni ! 14 lampu Uv kalimantang digunakan, 20 set sarung tangan putih yang telah dispray warna kuning neon.
Makan, berhasillah ia sebuah persembahan bercahaya dalam kegelapan !!
Jom, kita tengok keunikan persembahan Pro'sa Mania ; TEKAD - Glow In The Dark !!
3 vokalis utama yang menyanyikan lagu ini ialah Jack, Justin dan juga Amir. Apabila kami menonton semula video ini, rasa sebak di hati mula terdetik kerana lagu ini mencerminkan kisah suka duka kami dalam mengejar impian menjadi karyawan berilmu.
0 comments