Memori Tercipta

by - August 13, 2017





Bersatu kita merealisasikannya, 
Bersatu kita menjulang nama baik kita semua
Bersatu kita berika yang terbaik buat ibu bapa kita
Bersatu membuktikan hasil pada insan yang disayangi

Sebuah persembahan yang menunjukkan semangat TEKAD antara kita.
Kami bersyukur, diberi peluang bersama rakan Asasi Seni Kreatif yang lain bagi menjayakan projek seni akhir kami, BERSAMA
Selepas ini, setiap daripada bakal menuju ke haluan masing-masing,  di peringkat yang
 lebih tinggi.
Walau apa pun yang terjadi, kita sematkan semangat bersatu hati antara satu sama lain kerana kita masih perlukan each other. Tiada manusia di dunia ini yang berdiri dengan kaki sendiri kerana setiap daripada kita adalah insan yang lemah, masih memerlukan bantuan daripada yang lain.

Kisah suka, duka, linangan air mata, penat kelah, sakit, dan segala perasaan yang lahir, akan menjadi kenangan yang paling imdah buat kita semua.
Ambil setiap dugaan sebagai proses pembelajaran untuk menjadi matang dalam setiap tindakan.
Bersabarlah, sekiranya kamu diuji, itu tanda Tuhan menyayangimu.

Terima kasih rakan-rakan Asasi Seni Kreatif, kita berjaya membuktikan sesuatu yang terbaik hasil dari komitmen padu antara satu sama lain. 
Terima kasih pasukan produksi, pemain muzik, pengarah, ketua program, penyelaras dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Ditulis oleh : Ain Syuhada Ahmad Bohari ASK 0127




Love,
Asasi Seni Kreatif 2016/2017




Genggam erat tangan mu bersama kita terus maju, harus saling membantu hingga tiba tempat dituju ! 



TEKAD, BAKAR SEMANGATMU demi IMPIAN MU ! 
Jangan kau berundur sebelum USAHA ! 

You May Also Like

0 comments

...